SUMMARY OF RIGHTS
CREDIT REPORTING AGENCIES ACT 2010 [ACT 710]

The Credit Reporting Act 2010 promotes fairness, accuracy and privacy in the practice of credit reporting. Credit reporting agencies collect and disclose information about you, such as a failure to pay your bills or if you have been made bankrupt. The Act, gives you specific rights, most of which are summarized as below. 

You must be informed by the credit reporting agency by way of a notice which states;

  1. that credit information is being processed by or on behalf of the credit reporting agency together with its description;
  2. the purpose for which the information is being processed;
  3. the source of such information;
  4. of how you can contact the credit reporting agency in case you have any inquiries or complaints;
  5. you have the right to access to such information and also have the right to request the credit reporting agency to correct your credit information; and
  6. to whom the credit information will be disclosed.

Your credit information cannot be collected and used for any purpose other than what is provided under the Act. 
This means that a credit reporting agency, may only collect and use your credit information to prepare a credit report to assess your credit worthiness, which includes but not limited, to any history of failure or diligence regarding payment of your bills (reputational collateral). Your credit information cannot be used or disclosed by any credit reporting agency for purposes other then what is permitted under the Act. An example of such activity includes but not limited to, is disclosing your credit information for direct marketing purposes. In the event that you have information regarding the occurrence of such practice then a complaint may be forwarded to the Registrar.

Your consent must be obtained before a credit reporting agency can disclose/reveal your credit information.
This means that a credit reporting agency must get your consent before they can submit your credit report to their subscribers.

Your credit report can only contain information according to the Act.
This means that a credit reporting agency cannot include such credit information in their report regardless whether you have given consent or not;

  1. if the source of such credit information is not included in the report;
  2. if such credit information is regarding any pending proceedings in court more than two years after the proceedings began that has yet to be settled;
  3. if such credit information is regarding any default in repayment of credit two years after the date of final settlement of the amount in default.
  4. Any information relating to a financial action in court against someone who is more than two years after the date of commencement of the proceeding, unless the current status of the legal action has been determined and included in the credit report.
  5. Any information relating to any default in repayment of credit two years after the date of final settlement of the amount in default, including the settlement amount payable pursuant to a scheme of arrangement with creditors.

Your right to request from a credit provider information regarding reasons of unfavorable credit action
This means that if a credit provider has taken an unfavorable credit action against you for example; rejects your application for a loan, and that rejection was based on a credit report provided by a credit reporting agency, then you have the right to be informed of the identity of the credit reporting agency. You have the right to access the said credit report.

Your right to access credit information or credit report
This means that you have the right to have access to your credit information or credit report from a credit reporting agency which holds or have processed your credit report. However the credit reporting agency must verify your identity and confirm that such information is indeed in their database before complying. Upon your request and upon payment of any fee which may be prescribed by the agency in custody of your credit information.

Your right to dispute incorrect credit information
This means that if your credit report which was disclosed to the credit provider in response to the application for credit made by you, and such credit report contain incorrect information, you then have the right to challenge such credit report according to the procedures provided under the Act.

Contact information:

Credit Reporting Agency Name :CTOS BASIS SDN BHD
Credit Reporting Agency Registration Number:199401030027 (315708-X)
Telephone Number:603-2789 2281 / 603-2789 2381
Email address:contact@ctosbasis.com.my
Web address:www.ctosbasis.com.my
Postal address:B-2-12, Block B, BBT One, Lebuh Batu Nilam 2,Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang, Selangor, Malaysia
Office of the Registrar for Credit Reporting Agency:
Telephone Number:03-88906559 / 03-88906560
Facsimile Number:03-88906423
Email address:pertanyaan.ppapk@treasury.gov.my, aduan.ppapk@treasury.gov.my
Web address:http://ppapk.treasury.gov.my/
Postal address:Perbendaharaan 2, Aras 2, Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya.

RINGKASAN HAK
DI BAWAH AKTA AGENSI PELAPORAN KREDIT 2010[AKTA 710]

Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 menggalakkan keadilan, ketepatan, dan privasi dalam amalan pelaporan kredit. Agensi pelaporan kredit mengumpul dan mendedahkan maklumat mengenai anda, seperti kegagalan membayar pinjaman anda atau jika anda telah diisytihar bankrap. Akta ini, memberikan anda hak-hak tertentu, kebanyakan yang diringkaskan di bawah. Anda boleh mendapatkan teks lengkap Akta dari mana mana penerbitan seperti Percetakan Nasional atau ILBS.
Amaran: Ini hanyalah ringkasan dari Akta. Jika terdapat perbezaan atau percanggahan antara ringkasan ini dan mana-mana peruntukan Akta, peruntukan Akta itu hendaklah diguna pakai.

Anda mesti diberitahu oleh agensi pelaporan kredit melalui suatu notis yang menyatakan;

  1. bahawa maklumat kredit sedang diproses oleh atau bagi pihak agensi pelaporan kredit bersama-sama dengan penjelasan;
  2. tujuan yang mana maklumat yang sedang diproses;
  3. sumber maklumat itu;
  4. bagaimana anda boleh menghubungi agensi pelaporan kredit jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan;
  5. anda mempunyai hak untuk akses kepada maklumat itu dan juga mempunyai hak untuk meminta agensi pelaporan kredit untuk membetulkan maklumat kredit anda; dan
  6. kepada siapa maklumat kredit akan didedahkan.

Maklumat kredit anda tidak boleh dikumpulkan dan digunakan untuk apa-apa maksud selain daripada apa yang diperuntukkan di bawah Akta.
Ini bermakna bahawa agensi pelaporan kredit, hanya boleh mengumpul dan menggunakan maklumat kredit anda untuk menyediakan laporan kredit untuk menilai kebolehpercayaan kredit anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada sejarah mana-mana kegagalan atau ketekunan anda membuat pembayaran pinjaman (reputasi cagaran). Maklumat kredit anda tidak boleh digunakan atau didedahkan oleh mana-mana agensi pelaporan kredit untuk tujuan lain dari apa yang dibenarkan di bawah Akta.
Satu contoh aktiviti tersebut adalah, termasuk tetapi tidak terhad kepadanya, mendedahkan maklumat kredit anda bagi tujuan pemasaran langsung. Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai kejadian/ amalan itu maka anda  boleh mengemukakan aduan kepada Pendaftar.

Persetujuan anda mesti diperoleh sebelum agensi pelaporan kredit boleh menzahirkan / mendedahkan maklumat kredit anda.
Ini bermakna bahawa agensi pelaporan kredit perlu mendapat kebenaran anda sebelum mereka boleh mengemukakan apa apa maklumat atau laporan kredit anda kepada pelanggan mereka.

Laporan kredit anda hanya boleh mengandungi maklumat-maklumat tertentu yang dibenarkan mengikut Akta.

Ini bermakna bahawa agensi pelaporan kredit tidak boleh memasukkan apa-apa maklumat kredit dalam laporan mereka tidak kira sama ada anda telah memberi persetujuan atau tidak jika;

  1. apa-apa maklumat melainkan jika maklumat itu termasuk nama dan alamat sumber maklumat kredit itu.
  2. apa-apa maklumat melainkan jika identiti pelanggan dapat dikenal pasti.
  3. apa-apa maklumat yang berhubung dengan kebankrapan seseorang dua tahun selepas tarikh pelepasannya daripada kebankrapan itu.
  4. apa-apa maklumat yang berhubung dengan suatu tindakan kewangan dalam mahkamah terhadap seseorang yang lebih daripada dua tahun selepas tarikh permulaan prosiding itu, melainkan jika status semasa mengenai tindakan mahkamah itu telah dipastikan dan dimasukkan ke dalam laporan kredit itu.
  5. apa-apa maklumat yang berhubung dengan apa-apa kemungkiran dalam pembayaran balik kredit dua tahun selepas tarikh penyelesaian muktamad akan amaun yang dimungkiri, termasuk penyelesaian amaun yang kena dibayar menurut suatu skim perkiraan dengan pemberi kredit.

Hak anda untuk meminta daripada pemberi kredit maklumat mengenai sebab-sebab bagi penolakan permohonan anda untuk kredit (tindakan kredit yang tidak diingini).
Sekiranya pemberi kredit menggunakan laporan kredit dalam menilai sesuatu transaksi dan ia mengakibatkan tindakan kredit yang tidak diingini terhadap subjek data, subjek data berhak mengetahui agensi pelaporan kredit yang mengeluarkan laporan kredit tersebut.Seterusnya, subjek data mempunyai untuk mengakses dan memeriksa laporan kredit berkenaan untuk memastikan ketepatan maklumat kredit dan mempunyai status terkini.

Hak anda untuk mengakses maklumat kredit atau laporan kredit.
Ini bermakna bahawa anda mempunyai hak untuk mengakses maklumat kredit atau laporan kredit anda daripada agensi pelaporan kredit yang memegang atau yang telah memproses laporan kredit anda. Walau bagaimanapun, agensi pelaporan kredit perlu mengesahkan identiti anda dan mengesahkan bahawa maklumat itu benar-benar berada dalam pangkalan data mereka sebelum memenuhi permintaan anda untuk mengakses maklumat tersebut. Anda akan dibekalkan, atas permintaan anda dan apabila dibayar apa-apa fi yang boleh ditetapkan oleh agensi yang memegang maklumat kredit anda, maklumat atau laporan kredit yang tersebut di atas.

Hak anda untuk mempertikaikan maklumat kredit yang salah.
Ini bermakna bahawa jika maklumat atau laporan kredit anda yang telah didedahkan kepada pembekal kredit lanjutan daripada permohonan anda untuk kredit dan maklumat atau laporan kredit itu mengandungi maklumat yang tidak betul, anda mempunyai hak untuk mencabar laporan kredit itu mengikut prosedur yang diperuntukkan di bawah Akta. Anda boleh meminta agensi berkenaan membuat pembetulan.

Maklumat Agensi Pelaporan Kredit:

Agensi Pelaporan Kredit Nama:CTOS BASIS SDN BHD
Pendaftaran Agensi Pelaporan Kredit No.:199401030027 (315708-X)
Nombor Telefon:603-2789 2281 / 603-2789 2381
Alamat E-mel :contact@ctosbasis.com.my
Alamat web:www.ctosbasis.com.my
Alamat pos:B-2-12, Block B, BBT One, Lebuh Batu Nilam 2,Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang, Selangor, Malaysia
Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit:
Pertanyaan talian:03-88906559 / 03-88906560
Fax:03-88906423
Alamat E-mel:pertanyaan.ppapk@treasury.gov.my, aduan.ppapk@treasury.gov.my
Alamat web:http://ppapk.treasury.gov.my/
Alamat pos:Perbendaharaan 2, Aras 2, Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya.